*LAPORAN KAPAL WARGA RUSSIA TERKANDAS DI BETING PASIR KUALA OYA, DALAT* 1.*Buti...

Posted 22 hours ago

*LAPORAN KAPAL WARGA RUSSIA TERKANDAS DI BETING PASIR KUALA OYA, DALAT*

1.*Butiran Kapal*
1.1. Nama Kapal : Pilgrim
1.2. No. Rasmi: AA0112RUS10
1.3. Bendera : Russian Federation
1.4. Ketibaan: 17/12/2024@1300 Hrs
1.5. Berlepas: 19/12/2024@1200 Hrs
1.6. NT : 14.00
1.7. Pelabuhan persinggahan terdahulu: Labuan
1.8. Pelabuhan persinggahan seterusnya:
Kuching
1.9. Nama Nakhoda: Sinelnik Sergei
1.10. Bil anak Kapal: 4

Rujukan:
_Surat rasmi Pengarah Jabatan Laut Kuching kepada Pengarah Kastam Sarawak_

*FAKTA KEJADIAN*
1. Pada 20/12/2024 jam 2000 Hrs saya telah dimaklumkan melalui telefon dari pemberi maklumat orang awam bahawa dia nampak sebuah kapal macam terkandas/tersangkut di beting pasir berhampiran pantai Kuala Oya, Dalat. Jarak kapal tersadai lebih kurang 50 - 100 meter dari pantai (darat). Kejadian berlaku lebih kurang jam 201830 Hrs semasa ombak kuat dan angin bertuip kuat. Hujan juga turun lebat ketika itu. Setelah mendapat maklumat ini, dengan segera saya terus maklum kepada pihak APMM berpangkalan di Bintulu dan juga MRSC Kuching. Pihak APM tempatan dan Bomba Mukah juga sedia maklum. Belum ada sebarang aduan rasmi kepada pihak polis waktu ini.

2. Pada ketika itu pihak polis dan orang kampong berdekatan (Kg Senau) tiada kapasiti untuk memberi bantuan kepada krew kerana ombak kuat di tepi pantai dan merbahaya.

3. Seterusnya, saya telah mengarahkan Insp Zulhimi Panggis (KBJPKK Dalat) dan juga sbgai P/KPD untuk pergi ke Tapak Kaul tepi pantai untuk melihat dari jauh. Kelihatan ada cahaya lampu di kapal dan krew kapal juga ada menyalakan 'Flare' warna merah sebagai isyarat minta bantuan.

4. Pada jam lebih kurang 2200 Hrs setelah hujan lebat reda sikit dan dengan bantuan penduduk kampong, Insp Zulhimi Panggis dan 2 anggota Balai Polis Oya telah meredah hutan tepi pantai sejauh lebih kurang 300 meter dan berjaya mengesan krew kapal yang berlindung di daratan pantai Kuala Oya.

5. Seramai empat (4) krew kapal kesemua nya lelaki warga Russia telah didapati selamat dengan keluar dari kapal yang tersadai ke tepi pantai menggunakan 'life raft' mereka dan berlindung daripada ombak dan tiupan angin kuat. Kapal mereka masih tersadai di beting pasir tidak jauh dari situ.

6. Insp Zulhimi Panggis telah menemuduga kapten kapal tsbt iaitu seorang berbangsa Russia. Kapten kapal dan krew warga Russia boleh berbahasa Inggeris sedikit sahaja tetapi boleh difahami. Mengikut kapten kapal, alat navigasi (GPS) mereka mengalami kerosakan disamping berhadapan dengan laut bergelora kuat. Mereka tersadai/tersangkut di beting pasir Kuala Oya kerana tidak tahu kawasan dan alur masuk ke Kuala sungai Oya untuk berlindung dari ombak.

7. Kesemua empat (4) krew berbangsa Russia tsbt mempunyai dokumen dan passport yang sah. Mereka berempat telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis diketuai oleh Insp Zulhimi Panggis (KBJPKK/Pemangku KPD Dalat).

8. Kesemua krew kapal ini tidak memerlukan bantuan pihak polis. Mereka cuma mohon bantuan kapal tunda untuk menarik kapal mereka yg tersangkut/terkandas di beting pasir.

11. Kesimpulan kejadian setakat masa ini ialah kapal Russia bersama empat (4) orang krew telah berlayar dari Filipina, singgah di Labuan, dan seterusnya akan ke Kuching. Namun, semasa dalam pelayaran dari Miri, kapal kerosakan alat navigasi disamping menghadapi cuaca buruk di lautan dan kapal tersadai di beting pasir Kuala Oya, Dalat. Kesemua krew dapat menyelamatkan diri ke pantai meninggalkan kapal mereka yang tersadai/tersangkut di beting pasir. Pihak polis dari Balai Polis Oya yang diketuai oleh Insp Zulhimi Panggis telah berjaya mengesan kesemua krew kapal Russia yang selamat.

Salam Hormat

DSP Saga Chunggat
KPD Dalat